Nun jauh di pantai Timur.....lahirnya sekelompok anak muda yg menggilai musik keras dr Barat iaitu thrash metal! Di p'tengahan tahun 80'an...pengaruh musik thrash mula menular di beberapa buah negeri di Malaysia..antaranya Perlis,kedah,terengganu & kelantan.
1986..lahirnya sebuah band bernama "The hardkores" di ibu kota bahru,Kelantan.Di tubuhkan oleh 4 org anak muda yg begitu menggilai musik keras thrash metal! line up awal di barisi oleh Dol(bass) Pidin(vox/gitar) Arif(gitar) & jali(drum).Mereka memulakan aktiviti Jamming di sebuah studio di kota bahru dgn memainkn lagu2 dr band Slayer,Metallica,Anthrax,kreator dn banyak lagi...... Di waktu ini juga tertubuhnya sebuah lagi band thrash bernama "D'zai"...yg juga merupakan kelompok2 rakan the hardkores'. Namun setelah beberapa thn nama 'Dzai..di tukarkan kpd Desire' dn beralih arah kpd musik rock/heavy metal.The hardkores & D'zai adalah kelompok pertama n terawal di Kota bahru bermain musik thrash! Kelompok2 ini mendapat pengaruh musik dr sebuah kedai kaset bernama "Metal Merchant" di kota bahru.(Naim Inz merchandise) adalah antara individu terawal yg memulakan gerakan di kelantan.
Tahun 1987, mereka berhasrat berhijrah ke k.lumpur bg mencapai cita2 bermain musik.... Di k.lumpur,mereka mendapat pertolongan Naim Inz n kembali menbentuk band dgn nama baru "Slapdash"...namun ia nya hanya utk sementara sebelum di tukarkan kpd "Slapdeath" secara rasmi pd penghujung tahun'87. Memasuki tahun 1988,..Slapdeath memulakan aktiviti Jamm mereka,namun Jali(drum) telah menarik diri atas alasan peribadi lantas rakan baik mereka Jeman mengisi posisi drum.Persembahan pertama Slapdeath di k.lumpur adalah di dlm 'Konsert thrash' pertama Tanahair anjuran Box office productions yg berlangsung di Stadium Negara pd penghujung'88. Konsert bersejarah ini menbariskan "Slapdeath / Nemesis / Saxo / Punisher".
Slapdeath berjaya menyertai konsert bersejarah ini dgn bantuan Rashdan Punisher' yg menperkenalkan band mereka kpd promoter Ali bakar yg waktu itu sedang mencari band2 thrash utk konsert ini..Slapdeath juga mendapat pertolongan dari Rahim maarof(abg kpd Dol) yg menbantu mengetengahkan nama band ini.
Konsert thrash pertama tanahair yg berlangsung di Stadium Negara pd 28hb Disember 1988 telah mendapat liputan meluas di Media2/akhbar. Konsert anjuran Box office ini mendapat sambutan hebat dgn kehadiran 3000 peminat2 thrash serata Malaysia.
Di dlm Konsert ini,Slapdeath telah menbawakan lagu thrash sprt Crionic(slayer) metal command(piranha/exodus) cry war(kreator) & the call of ktulu(metallica) dgn line up Arif(gitar)pidin(vox/gitar) dol(bass) & jeman(drum).
Melalui Konsert ini,nama Slapdeath mula menjadi sebutan..Dan bermulanya era musik thrash metal di Malaysia.Lahirnya kelompok2 komuniti Ug.... Semakin bnyak band thrash/death metal muncul sprt Bacteria,picagari,W12,H20,Blacksull...dn banyak lagi.Club2 di ibu kota k.lumpur mula menjadi tempat menganjurkan gigs2 Ug. Persembahan ke 2 'Slapdeath adalah di dlm gig Roof Top,kompleks kota raya k.l...beraksi bersama Rator,Bacteria(Silent death) & Brain dead... Awal 1989,'jali(drum) masuk semula ke dlm Slapdeath dn rombakan posisi bertukar Pidin(vokal)Ariff(gitar)Jali(gitar)Dol(bass) & jeman(drum) dn Slapdeath bermain bersama punisher,picagari di dlm gig di Galactica Roller k.l. Namun Selepas gig ini,Pidin(vox/gitar) pula mengundurkan diri dn...Ariff terpaksa menggalas tugas vox/gitar.
Di waktu ini juga..Slapdeath mula cuba mengarang lagu2 sendiri.Dlm bln Jun Slapdeath telah pulang ke kampung halaman di Kelantan utk menjayakan sebuah gig Ekspo pentas perdana di kota bahru. Beraksi dgn menbawakan lagu2 dr possessed,Death,Sepultura & 2 buah lagu ciptaan sendiri. Persembahan Slapdeath dlm ekspo ini adalah secara solo...ia nya telah di hadiri oleh rakan2 metal Ug di kota bahru.
Selepas gigs ini,Slapdeath kembali semula ke k.lumpur...dn merekodkn sebuah demo tape yg mengandungi 2 buah lagu "Death by Stereo" & "The slap of Death" yg berpaksikan stail Death/thrash metal.Demo ini di rakamkn hanya utk rujukan mereka sahaja..dan ia nya tidak di edarkan. Selepas merekodkn demo ini Jali(gitar) menbuat keputusan mengundurkan diri buat kali ke 2.. Di waktu pengunduran Jali, beberapa buah lagu lagi sempat di karang sprt" antichrist warfare",devil fear", & "endless hellish disaster(instrumental).Pengunduran jali menbuatkan Slapdeath sedikit kecewa,namun Dol bertekad menperjuangkan band ini dgn mencari anggota baru. Dgn 3 anggota..Slapdeath terus mengarang beberapa buah lagu lagi sbg rujukan. Di penghujung'89
Lantas Ogy(bekas vox/bass band Voices) masuk mengalas tugas Gitar. Ogy asalnya adalah bekas bassist band Rator(1988) dn menubuhkan Voices dlm tahun 1989.
Era 1990, Slapdeath beraksi di Ekspo Jln pekeliling,k.lumpur bersama Silent death. Selepas gig ini...Ogy menarik diri dn menubuhkan band grind/death pertama tanahair bernama Mutilation!
Tidak lama selepas itu Ariff pula mengambil keputusan utk berundur atas alasan kerjaya.Dol & Man terus tekad utk menpertahankn Slapdeath lantas 2 anggota baru di rekrut iaitu Izani@Araya dr Picagari sbg vox/gitar dn Perkasa@izzat dr Punisher sbg Gitar.Namun formasi line up ini tidak bertahan lama..... Dol tekad kembali ke Kota bahru utk menbina semula nama Slapdeath dgn mencari anggota2 baru,namun tidak berhasil..Dan akhirnya Slapdeath terpaksa di rehatkan.
Dol kembali semula ke k.lumpur....dlm thn yg sama'90,...dan menanggotai band Silent death di posisi bass.Silent death seterusnya merekodkan demo sulung"Eternal damnation" (1990).Selepas Demo ini, Dol mengundur diri dn di undang bermain bersama Sil khannaz utk beberapa siri gig.
Manakala dlm tahun 1991,Jeman menghidupkan kembali Slapdeath dgn barisan anggota baru Mat venom(vox/bass) eye(gitar) wan(gitar) & jeman(drum) Slapdeath"91 ini hanya bertahan utk seketika shj sebelum berkubur utk selamanya.
Dlm tahun 1992...Dol bermain pula utk band Tormentor sbg bass sebelum mengambil keputusan utk menumpukan perhatian kpd kerjaya peribadi. Pembubaran Slapdeath tanpa meninggalkn sebarang legasi utk di kenang....namun cerita n nama mereka telah tercatit di dlm lipatan sejarah musik berat Tanahair sbg perintis musik keras terawal di Malaysia.Slapdeath juga antara band terawal mengarang n merekodkan lagu2 ciptaan sendiri selain Blackfire......
Antara lagu2 yg telah di rakamkn di dlm demo namun tidak di edarkan
-Death by stereo
-the slap of death
-N.T.F
-exposition rock of ages
-easy living
-the legend
-disappearing lost distant
Manakala lagu terawal yg di cipta namun tidak di rakamkn adalah
-Anrtichrist warfare
-Devil fear
-endless hellish disaster(instrumental)
Line up Slapdeath :
(1987) Dol(bass) Ariff(gitar) Pidin(vox)Naim inz(vox) & jali(drum)
(1988)Dol(bass)pidin(vox)jali(gitar)ariff(gitar) &Man(drum)
(1989)Dol(bass)jali(gitar)Ariff(vox/gitar) & Man(drum)
(1990)Dol(bass)&Man(drum) Ogy ex
(vox/gitar) Perkasa ex(gitar) izani ex(vox/gitar)
(1991)Man(drum)Mat venom(vox/bass)Eye(gitar) & wan(gitar)
"The Slap.....Of Death"(1987-1991)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Singapore in the 90s Underground Music
M.I.S COMPILATION M.I.S@ Made In Singapore Compilation vol 1 1992 (Mouse record) 1. Eza - Wild Man's Jam 2. Global Chaos - piece of A p...
-
Rehearsal 1994 1.The sevent headed dragon of pelangi 2.Bastardized rejaman sihir 3.Sumpahan tujuh keturunan 4.pontianak"(c...
-
Silent Death...band Death metal legenda di bumi melayu.Bermula sekitar tahun 1987 di Bandar tun abd Razak,k.lumpur.Di tubuhkan ol...
-
Reh Demo II 1.unknown destination 2.out for shreded soul 3.unexpected 4.euthanasia Release : 1990 Labet :...
No comments:
Post a Comment