Tahun 1989...nama Bacteria telah di tukarkan kpd 'Silent Death' dgn formasi line up Stone(vox/gitar) Pink (gitar) Man 16(bass) & lee space(drum) Ulong mengundurkan diri dn tidak terlibat dgn musik lg, Asmawari pula menanggotai band thrash Assault ... Awal 1990 bermula nya era demo di Malaysia,apabila Rator mengemparkan scene Ug musik berat tanahair dgn kelahiran demo'Evil symphony'89/90. era 90an menyaksikan band2 sprt Brain dead,Senseless,sil khannas.....merekodkn demo! Silent Death lantas merekodkan demo sulung dlm tahun'90 berjudul"Eternal Damnation" mengandungi 4 track. Demo ini di rakamkn dgn line up Stone(voc/gitar)Pink(gitar)Dol (bass) & che mat(drum) di Studio Amerah milik Mon(gitaris F.R.U) k.lumpur.
Dol merupakan bekas bass untuk band Slapdeath(r.i.p-1989)Band thrash terawal dari kelantan, mengantikan Man 16 manakala Che mat pula bekas drummer Sil khannaz mengantikan Lee space.
Demo ini mendapat sanjungan tinggi di persada musik berat tanahair...Namun tidak lama selepas itu,Dol & che Mat telah mengundurkan diri dr Band ini.Dol kmudianye m'anggotai Tormentor dn Che mat bermain utk band indie Deflowered.Posisi bass kmudiannya di isi oleh Ass yg waktu itu bermain bersama Infectious Maggots'Ass seterusnya m'gundurkn diri dr Maggots,manakala posisi drum di tunjangi oleh Ollie dr band thrash Zaf'.Melalui kehebatan Demo ini,ia nya telah menbuka jalan buat band ini mengikat kontrak bersama label Dark Journey Records yg waktu itu baru shj di tubuhkan. Silent Death merupakan artis pertama label ini...lantas dlm tahun 1991,Silent Death memulakan sessi rakaman di Digitron studio dgn selian Bullet(drummer)Nemesis selaku jurutera.
Tahun'92 Dark Journey rec...meriliskan Album sulung Silent Death "before the sunrise" dlm format kaset...Mengandungi 8 buah karya old school Death metal yg berat n unik. 2 buah lagu lama dr demo'90 turut di rekodkn kembali dgn nafas baru n tajuknya turut di tukar. Impak album ini ckup hebat...mendapat sanjungan tinggi di persada musik berat tanahair n Antarabangsa melalui ulasan2 di dlm fanzine/megazine.Line up utk Album ini adalah Stone(vox/gitar) Pink(gitar) Ass(bass/vox) & Ollie(drum) Lagu2 berhantu di dlm album...ini Dying moment,voice of misery,unharmony unity,preacher of the dark......
Melalui kejayaan Album ini,Dark Journey turut menganjurkan road tour Gigs di beberapa buah negeri sprt k.l,n.9 n perak. tour gigs ini turut di sertai oleh band Brain dead yg waktu ini baru shj menjadi artis Dark Journey... Gig ini turut menjadi sejarah apabila Dark Journey telah merekodkan di dlm pita video(VHS) dn di edarkan di bwh label ini dlm thn 1993.Vhs ini kini menjadi buruan para collector...
P'hujung'93..Silent Death telah terlibat dgn Split kompilasi "Dark Live Collection" yg turut di barisi oleh band2 ekstrim tnhair sprt Brain Dead,Tormentor,Cattarh,Nebiras,& Nemesis. Menyumbangkan 2 buah lagu baru'Deavouring judas' & 'spellbound'....Struktur lagu baru ini menyaksikan Silent Death tampil dgn konsep Occult Dark/black metal melalui lagu'deavouring judas'. Lagu ini menampilkn gandingan vocal Pink & Stone...dn turut m'nampikn sentuhan gitar akuastik,manakala 'spellbound' pula berkonsepkn riff death metal.Asal nya Riff lagu ini di ambil dr lagu demo mereka(1990) 'evil bastard'namun di beri sentuhan baru.Kompilasi edaran Dark Journey ini turut menjadi fenomena......
Memasuki thn'94 Silent Death mula merancang untuk merakamkan album ke 2...Namun 'Pink' terpaksa m'gundurkan diri dr band di atas alasan masalah peribadi, dn posisi lead gitar utk persembahan live di bantu oleh gitaris Sil khannaz-joe slaughter. Setelah beberapa perancangan utk aktiviti band ini..tiba2 Silent Death menghilang.Aktiviti band ini terpaksa di rehatkn krn Stone terlibat dgn masalah peribadi...perancangan utk album ke 2 juga tidak berjaya di laksanakan.
Setelah hampir 3 tahun menyepi dr scene Metal Malaysia..tahun 1997,Silent Death muncul kembali dgn Ep'break the silence' di bwh label PSE. Mengandungi 5 tracks, 3 buah lagu baru Armageddon,morbid massacre & Die from agony..manakala 2 buah lagu lama dr album pertama(1992) dying moment & preacher of the dark turut di rakamkn semula dgn struktur yg lebih laju. 3 buah lagu baru ini menyaksikan Silent Death kembali dgn stail Old Death/thrash metal bermelodi. Di rakamkn di tri castle studio k.l dgn selian ozz yusuf selaku jurutera musik. Kemunculan semula Silent Death cukup mengejutkn peminat2 Ug tnhair...tampil dgn Stone(vox/gitar) Ass(bass/vox) Wan(gitar) & ollie(drum). wan merupakan anggota baru Silent Death. Melalui Ep ini,nama Silent Death kembali menjadi sebutan... Band lagenda ini kembali memanaskan pentas2 gig seluruh Malaysia..
Tahun'98 Silent Death tersenarai di dlm Split Kompilasi terbitan Nebiula Prods.."Storm Of Nebiula 2 " yg turut m'bariskan nama2 hebat sprt Mistik,Mesmerized,Hail(sgp)...
2 buah lagu baru khas utk kompilasi ini 'inner power' & Shermforash' dgn stail yg sedikit berbeza dgn lagu2 Silent Death sbelum ini, namun masih di landasan Death metal.
Tahun'99 label PSE telah mengeluarkan Album kompilasi berjudul "Harbinger of Devastation" yg mengandungi lagu dari demo(1990) full length (1992) Ep(1997) & Ep live'97.
Tahun 2000, Silent Death merancang utk merekodkn sebuah album tribute khas utk band2 yg selama ini menjadi idola & pengaruh musik mereka...
Namun Stone orang kuat band ini sekali lg m'hilangkn diri dr scene musik krn masalah'dadah'.. Ass turut m'gundurkan diri.Oleh krn projek ini telah di persetujui..serpihan anggota band ini telah meneruskan projek album tribute ini dgn bantuan beberapa rakan Ug sprt Aru(koffin kanser) vokal/gitar,Dol maarof(bassist era 1990) bass,Sham fiduz-vokal/drum. wan-gitar & Ollie turut memainkn beberapa track drum.Album berjudul " tribute to Old school Metal" telah di pasarkn oleh label D.i.y Immortal records dlm thn 2000 tanpa Stone. Mengandungi 10 tracks lagu tribute utk band Death,B.sabbath,Sodom,Kreator,sepultura,Celtic frost,slayer,M.angel & venom.
Namun album tribute ini menerima pelbagai reaksi dr peminat2 mereka krn di katakn cukup berbeza dgn stail musik Silent Death. Tanpa stone musik band ini berubah 90%..sound utk album ini juga agak kurang berat.Selepas m'geluarkan projek tribute ini..Dol maarof mengambil keputusan menutup perjalanan band Silent Death ini krn tanpa Stone ia nya tidak lagi relevan.
Dol kemudianya menubuhkan sebuah band baru dgn nama 'Break The Silence'..
Dlm thn 2003..Ultra Hingax(ajak) telah menganjurkan gig reunion"Thrash Therefore I Am" yg menbariskn Nemesis,I.maggots,Pilgrims,Punisher,Naked butterfly & Silent Death. Line up reunion ini menbariskan Ass(voc/gitar) Dol(bass) Wan (gitar) & Sham fiduz(drum).Namun selepas gigs ini Silent Death terus berkubur.
Tahun 2010
Setelah hampir 10 tahun menhilangkn diri dr scene musik berat tanahair...tahun 2010 Silent Death kembali ke persada musik berat Malaysia. Kemunculan Silent Death ' di pentas gigs "Rator live possessed 2010" m'gejutkan peminat2 musik berat. Stone kembali mengemudi Silent Death bersama rakan2 baru.. SD'2010 menbariskan Stone(vox/bass) joe slaughter-ex sil khannaz/blackfire(gitar lead) Matt tossey-Disaster funhouse(gitar) & eddie(drum).Comeback ini turut di bantu oleh Zizie Hashim yg di lantik menjadi pengurus band. Selepas gigs di One cafe..Silent Death terus rancak bermain gig di serata tanahair termasuk sabah/sarawak. Segala aktiviti di atur oleh Zizie bg memudahkn perjalanan band ini.
Album klasik"Before the sunrise"92 turut di riliskn semula oleh label Thrashingfist..dgn lagu bonus demo'90 & Ep'97 dlm bentuk Cd dgn cover asal.
Hasrat awal Stone pd awalnye utk kembali mengajak anggota lama Ass,wan & Ollie tidak kesampaian krn kesemua mereka tidak dpt menberikn komitmen. Dgn gandingan anggota baru Silent Death kembali menbina empayar mereka semula. Stone turut merancang merakamkn Album ke 2. Di bawah label distro sendiri..Silent Death mengeluarkan stuff2 mereka termasuk Dvd live siri2 gig di serata tnhair.Dlm waktu yg sama juga..band ini mula mengarang lagu2 baru di studio utk sessi rakaman.Bernaung di bwh label Edrie hashim Neomagik records utk album ini.
P'hujung 2010..scene musik berat di kejutkn dgn berita kematian Pink' yg menhidap penyakit tibi sejak sekian lama.
2011 proses rakaman album ke 2 di teruskn ..namun Matt tosey & Eddie telah m'gundurkan diri atas alasan peribadi. posisi gitar telah di ganti oleh Ejal hashim adik kpd zizie dn Drum di isi oleh Ian Han yg pernah bermain utk I.maggots.Ketika dlm proses akhir....scene sekali lagi di kejutkan dgn berita 'Stone yg terkena stroke lumpuh sebelah anggota badan' dn terlantar di hospital. Aktiviti live terpaksa di hentikan...dn hasrat mengeluarkan Album ke 2 dlm tahun 2011 terpaksa di tunda.
2012.....Akhirnya Album ke 2 inI di pasarkan oleh NeoMagik. Di beri judul "Silent kiss of Death" dgn 9 tracks lagu baru.4 buah lagu bahasa melayu & 4 buah lagu berbahasa inggeris. Buat pertama kali nya Silent Death tampil dgn lagu berbahasa Melayu karangan Zizie hashim/Stone.2 buah lagu inggeris pula ciptaan joe slaughter. 2 buah lagu Melayu 'mati senyap' & 'Diam mati' pula adalah lagu lama "spellbound' & deavouring judas' yg di rakamkn semula dgn sentuhan baru. Album ke 2 ini menyaksikan muzikal Silent Death cukup berbeza, gabungan Thrash/melodic/progresif death metal moden. Sound utk Album ini agak baik n memuaskan hasil selian Edrie hashim selaku penerbit.
Di waktu album inI di pasarkan..Stone masih terlantar di hospital.Segala pengurusan di kendali kn oleh zizie. Album ini turut tercalon di Anugerah AIM kategori album metal.Biarpun tidak memenangi anugerah ini....ia nya telah mengangkat nama Silent Death.
Di waktu promosi Album inI di jlnkn...seluruh peminat musik berat tanahair dn rakan2 Ug di kejutkan dgn berita pemergian Stone ke rahmatullah.Stone telah menghembuskan nafas terakhir di hospital k.lumpur akibat jangkitan kuman dlm paru2.
Segala perancangan aktiviti utk band terpaksa di hentikan.....Namun zizie tetap berusaha m'promosikan jualan Album ke 2 ini.
Selepas Stone' Wan cempedak yg terlantar sakit turut meninggal dunia... Setelah ketiadaan Stone 'zizie berhasrat mengajak bekas anggota band ini sprt Ass,Dol & ollie meneruskn semula band ini namun ia nya tidak terlaksana. tahun 2014 sekali lagi scene musik Ug di kejutkn dgn berita pergi nya Ass(vox/bass) ke rahmatullah krn masalah jantung....
Tahun 2016
satu penghormatan buat Silent Death apabila Album sulung"before the sunrise' kembali di keluarkn dlm format piring hitam oleh label MaMat records. Di lesenkn oleh Dark Journey. Mengekalkn cover Asal tanpa penambahan lagu bonus. Vinyl lp ini di keluarkan dlm kuantiti terhad. Namun terjadi sedikit perbalahan di antara pihak label Mamat rec dan Zizie hashim. Isu kebenaran mengeluarkn album klasik ini di pertikaikn oleh Zizie...
biarpon pn begitu lp ini mendapat sambutan hebat dr collector.
Kini nama Silent Death telah menjadi sejarah di dlm scene musik berat Malaysia. legasi yg di tinggalkn cukup meninggalkn kesan...dan menjadi buruan para collector bkn shj dlm malaysia bahkn termasuk Asia tenggara.
(Silent Death dlm memori 1987-2012)
Loves u stone...innalillah..al fatehah..buat sahabat dr kecil...kwn sepermainan...sahabat ke akhir hayat...dn utk sahabat...As...semoga tenang dialam sana...insyallah..segala jasamu tetapku kenang...dr...Adek Hard Rock Congo...😭😭😭
ReplyDeleteAl-Fatihah Allahyarham hj. Tajul ashikin ismail,arwah pink,dan arwah wan
ReplyDeleteAl-Fatihah Allahyarham hj. Tajul ashikin ismail,arwah pink,dan arwah wan
ReplyDelete