D'penghujung tahun 1983, setelah 3 tahun bersama bermain musik....4 anak muda ini sepakat beralih arah kpd pengaruh musik yg lebih berat & ekstrim iaitu musik Black metal! Tahun 1984 nama 'METAL GHOST' di tukarkan kpd "BLACKFIRE" ! Dgn pengaruh musik yg lebih ekstrim dr VENOM,HELLHAMMER/CELTIC FROST,SLAYER,...etc.
Nama BLACKFIRE di ambil dr sebuah kisah di dlm kitab Al Quran! Di ilhamkn oleh Azmi & Aidi rafidzi yg akan melambangkan perjuangan musik mereka. BLACKFIRE' Mula mengarang lagu2 baru sprt" Lahir dari Api","Spirit","Blackhell"..."kemenangan di saat akhir" & instrumental Pendita2 gila berbicara".Pengaruh2 lagu ini dtgnya dr band2 ekstrim Barat...Di mana segala sumber rujukan mereka di dapati dr sebuah kedai Musik wanita cina di Perlis yg di bawa masuk dr Thailand.Rakan baik mereka "Saari Murad"adalah individu penting yg menberi info tentang band2 n musik baru dari Barat. Dari Studio Jamming 'Pak wan' akhirnya berjaya menubuhkan sebuah studio Jamming sendiri... BLACKFIRE' memulakan aktiviti luar dgn menganjurkan Gigs mingguan di Sebuah Dewan yg di sewa di Bandar,kangar Perlis. Gigs ini pd mula nya hanya di hadiri oleh rakan2 dr Perlis...dn sehinggalah jumlah nya bertambah dgn kehadiran peminat2 yg dtg dr luar Perlis sprt Kedah & Penang.'BLACKFIRE" turut mengundang beberapa band musik dr Kedah & Perlis.Aru(NEMESIS)adalah antara individu terawal bersama2 menjayakan gig ini. Di dlm gigs ini,BLACKFIRE' akan menbawakan lagu2 sendiri.
Tahun 1985-86,Semakin banyak lagu di hasilkn sprt'Kedatangan 1",Sengketa dibalik Awan","the Sign",..."princes of hell", Sil khannas" semua lirik di tulis oleh Azmi n anggota2 yg lain menyusun melodi lagu.Di penghujung 1986,setelah begitu lama bersama,Aidy Rafidzi(Gitar) akhirnya mengambil keputusan mengundurkn diri dr band ini di atas faktor kerjaya nya...(Aidy adalah seorang pakar Computer).Tempat Aidy' telah di gantikan oleh rakan lama mereka "Yazid' seorang pemusik hebat di kelab malam di Penang. Bersama yazid....terhasil pula lagu2 sprt kedatangan 2,Blackfire,..
Tahun 1987,BLACKFIRE' memulakan langkah mereka dgn bermain musik di luar Perlis,dgn menyertai Sebuah pertandingan Musik Rock"Battle of the bands" anjuran DEWI SUHANA STUDIO & WARNADA MUSIC yg di adakan di Merlin Tower Johor Bahru. BLACKFIRE' telah di terima sbg wakil dr Perlis.Pertandingan ini turut di sertai oleh band2 Rock/heavy metal srpt D'FEBIAN,BURNMARKS,SYJ,METALLIAN,MAY,METAL CHILD...dan banyak lagi.Di dlm pertandingan ini,semua band2 Rock ini menbawakan lagu2 cover dr band2 rock barat...Namun BLACKFIRE' htelah menbawakan lagu2 ciptaan sendiri sprt Lahir dr api,blackhell & kemenangan dsaat akhir. Biarpon tidak memenangi pertandingan ini..mereka telah terpilih utk ke peringkat akhir yg di adakan di Holywood,Ampang Park k.lumpur.Dlm pertandingan ini BLACKFIRE tidak terpilih krn memainkn lagu2 sendiri yg tidak pernah di dengari oleh pihak juri.Pertandingan ini di menangi oleh kumpulan MAY.
Sebuah lagi pertandingan Musik Rock yg di adakan di Stadium Negara,BLACKFIRE beraksi bersama sama SCANDAL,BURNMARKS,DFEBIAN,METALLIAN,MAY,SYJ...etc.Pertandingan ini telah menjadi satu sejarah buat semua penonton n para juri yg hadir.BLACKFIRE' yg menjadi kumpulan pertama menbuat persembahan telah melakukan gimik "meminum darah" sebelum melakukan persembahan! Gimik kedua adalah "Yazid' telah bermain gitar secara menyonsang!Menbawakan lagu " kedatangan 2',Blackhell,kemenangan di saat akhir" & Bahtera merdeka(dedikasi buat T.abd Rahman). BLACKFIRE tampil dgn imej yg cukup berbeza dr band2 Rock iaitu memakai Jaket kulit /rantai menjejaki imej VENOM!!! Satu satunya band yg menyonsang arus dgn musik Black metal!
Aksi "meminum darah "ini telah menjadi topik hangat di dada2 Akhbar...mencetuskan kontroversi! BLACKFIRE telah di interview oleh banyak wartawan2 akhbar yg menceritakan tentang aksi n musik black metal yg cukup asing waktu itu.BLACKFIRE telah di beri gelaran"Satan Of Stage" krn memainkn musik yg cukup asing.Di waktu ini juga peminat2 musik Rock tidak dpt menerima musik yg di mainkn oleh BLACKFIRE ,.
Biarpun menerima pelbagai kritikan....
BLACKFIRE telah di tawarkan kontrak rakaman album oleh pihak Dewi Suhana/Warnada Music.Orang kuat "Lokman junit" berminat utk menjadi mereka artis rakaman. Namun tawaran ini telah di tolak...krn mereka di wajibkn menbawakan musik Hard rock dgn menyelitkan lagu2 balada.BLACKFIRE tetap setia n berpegang teguh dgn konsep musik Ekstrim metal! Di penghujung'88,..Box Office Prods yg di terajui Ali bakar berhasrat menganjurkan Konsert Thrash metal pertama tanahair. Di peringkat awal konsert ini,nama BLACKFIRE turut tersenarai,namun terjadi sedikit masalah perbincangan yg menbuatkn mereka tidak tersenarai di dlm Konsert bersejarah ini. Selepas berlangsungnya Konsert thrash pertama ini...musik berat mula berkembang ke serata pelusuk tanahair.Lahirnya kelompok2 baru thrash metal sprtNEMESIS,PICAGARI,BACTERIA,H20,RATOR,COLOURFULL BULLET,WAIT DEATH.....etc.Bermulanya era penganjuran Gigs di Ibukota k.lumpur,Club2 yg sebelum ini menbuka ruang buat band2 rock telah menbuka jalan utk band2 thrash.Di waktu ini,BLACKFIRE telah menpuyai satu kelompok penyokong2 mereka sendiri yg menberi sokongan di setiap gig. Di penghujung'88...yazid(gitar) telah mengundurkan diri utk bermain di Club di Penang.Tempat beliau telah di gantikan sementara oleh Razak yg sebelum ini pernah menjadi gitaris sementara sekitar tahun 84-85.Namun selang beberapa bulan....Yazid kembali bersama BLACKFIRE dn mula mengganas di beberapa pentas gigs di ibukota.Beraksi bersama RATOR,NECROFIST & PICAGARI. Sebuah gigs yg menjadi sejarah adalah di Semua House k.lumpur...BLACKFIRE telah di gandingan bersama band RAMPA,band reagge pertama Malaysia,gigs ini telah di hadiri ramai peminat2 musik ekstrim dr serata tanahair. Ia nya juga unik krn mengabungkan dua jenis aliran musik yg sangat berbeza...ekstrim metal n musik reaggae. Gig ini turut di rakamkn dlm pita kaset....BLACKFIRE telah menbawakan 10 buah lagu antaranya Lahir dr api,blackhell,kedatangan 1 & 2,kemenangan saat akhir,spirit,sil khannas,sengketa....namun hanya 3 lagu yg berjaya di rekodkn krn Soundman waktu itu(saudara Bj) telah melakukan sedikit kesilapan yg menyebabkn hanya 3 lagu terakhir berhasil di rakamkn. Line up utk gigs ini Azmi(vocal)Yazid(gitar) subri(bass) & Hadi(drums).Gigs ini turut menyimpan seribu satu cerita buat anggota2 BLACKFIRE. Inilah gigs@show terakhir buat anggota2 asal band ini,di mana selepas gigs ini,Yazid telah mendapat tawaran kerja di Sarawak. Penghujung'89 yazid akhirnya berangkat ke Sarawak...dn tidak lama selepas itu Subri pula berkahwin dan mengambil keputusan mengundurkan diri utk menumpukan perhatian kpd kerjaya. Subri telah menjadi Guru musik di K.lumpur. Dengan pengunduran Yazid & Subri....BlACKFIRE mula mencari anggota baru utk posisi gitar n bass.Awal tahun 1990,...Demo live rakaman gigs di Semua House'88 telah tersebar di dlm pergerakan Ug scene Asia tenggara melalui jaringan tape trading. Demo live ini asalnya di berikn kpd Joe kidd oleh Azmi hanya utk simpanan peribadi. Joe kid turut menbuat interview bersama Azmi yg di masukkn di dlm Aedes Fanzine vol 3 yg di edarkn pbghujung'89. Era 90an...aktiviti BLACKFIRE agak perlahan krn masalah anggota. Azmi & Hadi telah berusaha mencari pemusik2 baru namun ia nya tidak berhasil. pertengahan 90, barisan line up band ini kembali apabila posisi Gitar di sandang oleh Lin dr NEMESIS dan bass di sandang oleh Din pendita Gila ex Sil khannas". Band ini juga turut menbuat perbincangan utk merakamkan album bersama sebuah label..namun juga tidak berhasil.Line up ini hanya bertahan utk seketika....Din pendita telah berhijrah menjadi kelasi kapal. Hadi(drum) akhirnya...kembali dan menetap di Perlis. Tinggalah Azmi di K.lumpur krn di waktu ini Azmi telah menjadi wartawan di sebuah syarikat penerbitan. Tahun 1991 BLACKFIRE kembali bermain gigs di kompleks Kotaraya k.lumpur. Gigs ini hanya menampilkan Azmi selaku anggota asal.Di dlm gig ini, Azmi turut di bantu oleh Shidi(Sil khannas)-gitar,che mat(Silent death)-drums & Din pendita-bass. Inilah show terakhir BLACKFIRE di mana selepas gig ini,Azmi telah menbuat keputusan utk merehatkan aktiviti band ini. Azmi sempat menubuhkn sebuah band projek bersama Joe kid dn rakan2 wartawan bernama Million of Mad Muslims" berkonsepkan horror punks, namun band projek ini di tubuhkan hanya dlm tempoh waktu yg singkat shj.... Azmi tidak lagi bermain musik.
Di penghujung tahun 1999, nama BLACKFIRE kembali menjadi sebutan apabila di katakan bakal menbuat kemunculan semula dn merakamkn album......Namun berita ini juga tidak menjadi kenyataan.
Era mellinium.....2002,nama BLACKFIRE menjadi sebutan oleh peminat generasi baru,apabila sebuah band baru dari kedah "SAMARTARY" menberi penghormatan dgn menbawa 2 buah lagu band lagenda ini iaitu Kedatangan 2 & Blackhell",didlm sebuah gigs yg turut di rakamkn.Inilah pertama kali lagu Band lagenda ini di perdengarkan kpd peminat2 ekstrim generasi baru. Tahun 2004, Azmi & Hadi kembali menbawa nama BLaCKFIRE ,mula merekrut anggota baru "Core@shukor"(Gitar) & Rammy (bass).Dua orang pemusik muda yg berasal dr Perlis. Ajin Blackrose seterusnya menbuka ruang buat BLACKFIRE merakamkan Album di bawah label D.I.Y miliknya...Arena Rec.-Black Camber", Azmi & Hadi bersama anggota baru memulakan rakaman di Studio milik Ajin . belum pun proses rakaman di pertengahan selesai, Label milik Ajin mengalami sedikit masalah kewangan...menyebabkan proses terpaksa di tangguhkan.
2005,....Jaie-Nebiula prods akhirnya menyambung kembali projek ini dan akan menbantu meriliskan Album di bawah label miliknya. Atas bantuan Jaie & Jadam.....akhirnya rakaman Album sulung ini berjaya di siapkan.
6/6/2006 akhirnya setelah begitu lama menanti,lahirlah Album sulung BLACKFIRE di beri judul"Lahir dari Api" yg mengandungi 8 buah karya lama mereka....
1.lahir dari api
2.blackhell
3kedatangan 1
4.kedatangan 2
5.kemenangan di saat akhir
6.sil khannas
7.spirit
8.the sign
Di cetak dlm bentuk cd....mengekalkan stail n sound klasik Heavy/black metal 80an.Di rakamkan di Nebiula home studio dgn line up Azmi(vox) Rammy(bass) Hadi (drums) & Joe slaughter(gitar utama). jadam turut menjadi seasonist (Gitar). Pada asalnya Azmi n Hadi berhasrat merakamkn sebuah album kompilasi ...namun krn masalah kos hanya 8 lagu shj di rekodkan.Album ini mendapat sambutan hebat dari peminat ekstrim generasi baru....setelah begitu lama sejak tahun 80 an lagi, akhirnya tahun 2006 baru ia nya berjaya di rakam & di keluarkan.
Tahun 2007....Sebuah label dari S'pore Basements Records telah mengeluarkan semula Demo live'88 dgn judul "The Hereafter Live" dlm bentuk Cd.Keluaran semula ini mengekalkan Sound asal dr Demo.3 buah lagu live
1.lahir dari api
2.sengketa
3.blackhell
dan sebuah bonus song
kedatangan 2 yg di rekodkn live di studio di Perlis dgn line up Hadi(vox/drum) Core(gitar) rammy(gitar) & pak keh(bass).Legasi klasikk keluaran semula ini sangat2 di tunggu oleh para collector Ug serata Asia.
Tahun 2010.....menjadi satu lagi sejarah buat kelompok Ug ekstrim metal tanahair.Kemunculan semula Lagenda ini ke pentas gigs,BLACKFIRE muncul di pentas gigs One Cafe k.lumpur anjuran Vokill fest. Beraksi bersama2 Profane Creation,Infernal void,Darknirrajim,. Namun gigs ini hanya menampilkan Azmi selaku anggota asal...di bantu oleh Rammy(gitar) Joe slaughter(gitar utama) Syed Divastator(bass) dan 2 orang anak Azmi ,afiq(gitar) & Alif(drum) Dua org anak Azmi turut menpuyai band bernama Enthusiastic.Di dlm gigs ini,BLACKFIRE telah menpersembahkan 5 buah lagu..Lahir dr api,kedatangan 2,Sil khannas,kemenangan saat akhir & blackhell.Biarpon hanya 5 lagu...impaknya sangat kuat! Kumpulan Cult ini mendapat sokongan hebat dr peminat2 generasi baru...
Sebuah label dr German...berhasrat mengeluarkan split ep BLACKFIRE bersama lagenda black thrash Jepun iaitu SABBAT ....BLACKFIRE akan menbawakan lagu "blackfire" dr SABBAT dn SABBAT pula akan menbawakan lagu"blackhell". Setelah kedua dua lagenda ini siap menlakukan proses rakaman...projek ini terpaksa di tangguhkan krn beberapa masalah kewangan.
2012.....Album "lahir dari Api" telah di riliskan dlm bentuk Vinyl lp berkembar oleh label dr German Faeudal throne rec.Dgn heavy gatefold cover artwork yg baru n lebih hebat...Ia nya turut di remastering dgn sound yg lebih tight!
1.lahir dr api
2.blackhell
3.kedatangan 1
4.kedatangan 2
5.kemenangan di saat akhir
6.sil khannas
7.spirit
8.the sign
9.blackhell unfinished first version
10.the sign(rehearshal)
Dave pemilik label ini adalah seorang fanatik kpd band Cult ini,.. Setelah di edarkan, terjadi sedikit perbalahan n salah faham di antara pihak Faeudal throne & Nebuila prods berkaitan hak royalti.Namun Lp ini tetap di edarkan...dan ia nya telah Sold out dlm tempoh yg singkat!
Tahun 2015 setelah senyap dr sebarang cerita, Hadi(drum) kembali aktif dgn musik,mula merekrut anggota baru utk projek baru.Tahun 2018 setelah menolak banyak tawaran gigs,akhir band Cult ini bersetuju menjayakan gigs "MaMat fest 2018" di Kota k.lumpur.Namun projek ini hanya melibatkan Hadi & anggota2 baru krn Azmi(vocal) mengalami masalah kesihatan(serangan stroke)yg menyebabkn beliau tidak dpt turut serta. Hadi berusaha keras mencari anggota2 utk menbantu nya.Formasi pertama adalah Hadi(drum/vox) Core(gitar) Din pendita gila(bass/vox) & Zam samartary(gitar).Namun ia hanya bertahan utk seketika...Zam n Core tidak dpt menberikan komitmen, Hadi pada awalnya berhasrat mengajak anggota2 lama ,namun krn beberapa masalah..ia nya tidak berjaya.Yazid(gitar) pd awalnya berhasrat utk re join gigs ini,namun menhadapi masalah kesihatan... Akhirnya syed ex Metal Kayangan di undang sbg gitar seasonist.Zam ex Storming steel pula di pelawa menjadi vokalis utama dan Subri anggota lama akhirnya kembali menyertai BLACKFIRE utk gig ini namun mengalas posisi gitar. Bulan 8 2018 akhirnya menjadi satu lagi Sejarah dlm arena musik berat tanahair....Kumpulan Cult ini muncul di pentas gigs dgn line up Zam(vox) Din pendita(bass/vox)Syed (gitar) Subri(gitar)& Hadi(drum). Menbawakan lagu2 sprt Lahir dari api,Sil khannas,blackell, the sign,Spirit & kedatangan 2 ! Sesuatu yg tidak di jangka....setelah begitu lama tidak bersama..Hadi & Subri akhirnya kembali bersatu beraksi di pentas.
Gig ini menjadi bualan oleh generasi baru.....Kumpulan cult ini mendapat sanjungan hebat di dlm gigs bersejarah ini.Nebiula prods turut mengeluarkan semula album "lahir dr api"re issue dgn cover yg baru
Album re issue ini telah di edarkan pd hari gigs tersebut... Peminat2 ekstrim generasi baru masih menharapkan kumpulan cult ini merakamkan kembali lagu2 lama yg belum sempat di rakamkn....antaranya Sengketa,Pendita2 gila berbicara,Blackfire,princes of hell, dn banyak lagi yg di katakan hampir 20 buah lagu semua nya sejak dari tahun 1981-1990.
...........(zam possessed)
No comments:
Post a Comment