Saturday, 30 June 2018

BLACKFIRE-Lahir Dari Api.......


"Sengketa Di balik Awan Awan Hitam.....Lahirnya sebuah kumpulan yg cukup unik di bumi tanah melayu! 'Blackfire'...  Bermula nun jauh di utara,Perlis..lahir sebuah band hardrock bernama' Alter Ego'di tubuhkn dlm tahun 1981 yg memainkn lagu2 rock barat DIO,BLACK SABBATH,DEEP PURPLE,..termasuklah lagu2 dr band SWEET CHARITY! Namun tidak lama selepas itu bertukar arah musik kpd Rock/heavy metal yg lebih berat...dgn nama baru 'METAL GHOST" .Line up awal terdiri dari Azmi(vokal) Aidi rafidzi(gitar) Subri(bass) & Hadi(drum). Dari awal thn 1981-1983, band ini mula memainkn lagu2 cover...dan turut berlajar mengarang lagu2 sendiri. Dua buah karya terawal yg di cipta adalah "wanitA" & "nuklear" berkonsepkn Rock heavy metal. Studio Jamm waktu itu adalah di rumah "Pak wan"(seorang pemusik jazz).
D'penghujung tahun 1983, setelah 3 tahun bersama bermain musik....4 anak muda ini sepakat beralih arah kpd pengaruh musik yg lebih berat & ekstrim iaitu musik Black metal! Tahun 1984 nama 'METAL GHOST' di tukarkan kpd "BLACKFIRE" ! Dgn pengaruh musik yg lebih ekstrim dr VENOM,HELLHAMMER/CELTIC FROST,SLAYER,...etc.

Nama BLACKFIRE di ambil dr sebuah kisah di dlm kitab Al Quran! Di ilhamkn oleh Azmi & Aidi rafidzi yg akan melambangkan perjuangan musik mereka. BLACKFIRE' Mula mengarang lagu2 baru sprt" Lahir dari Api","Spirit","Blackhell"..."kemenangan di saat akhir" & instrumental Pendita2 gila berbicara".Pengaruh2 lagu ini dtgnya dr band2 ekstrim Barat...Di mana segala sumber rujukan mereka di dapati dr sebuah kedai Musik wanita cina di Perlis yg di bawa masuk dr Thailand.Rakan baik mereka "Saari Murad"adalah individu penting yg menberi info tentang band2 n musik baru dari Barat. Dari Studio Jamming 'Pak wan' akhirnya berjaya menubuhkan sebuah studio Jamming sendiri... BLACKFIRE' memulakan aktiviti luar dgn menganjurkan Gigs mingguan di Sebuah Dewan yg di sewa di Bandar,kangar Perlis. Gigs ini pd mula nya hanya di hadiri oleh rakan2 dr Perlis...dn sehinggalah jumlah nya bertambah dgn kehadiran peminat2 yg dtg dr luar Perlis sprt Kedah & Penang.'BLACKFIRE" turut mengundang beberapa band musik dr Kedah & Perlis.Aru(NEMESIS)adalah antara individu terawal bersama2 menjayakan gig ini. Di dlm gigs ini,BLACKFIRE' akan menbawakan lagu2 sendiri.

Tahun 1985-86,Semakin banyak lagu di hasilkn sprt'Kedatangan 1",Sengketa dibalik Awan","the Sign",..."princes of hell", Sil khannas" semua lirik di tulis oleh Azmi n anggota2 yg lain menyusun melodi lagu.Di penghujung 1986,setelah begitu lama bersama,Aidy Rafidzi(Gitar) akhirnya mengambil keputusan mengundurkn diri dr band ini di atas faktor kerjaya nya...(Aidy adalah seorang pakar Computer).Tempat Aidy' telah di gantikan oleh rakan lama mereka "Yazid' seorang pemusik hebat di kelab malam di Penang. Bersama yazid....terhasil pula lagu2 sprt kedatangan 2,Blackfire,..

Tahun 1987,BLACKFIRE' memulakan langkah mereka  dgn bermain musik di luar Perlis,dgn menyertai Sebuah pertandingan Musik Rock"Battle of the  bands" anjuran DEWI SUHANA STUDIO & WARNADA MUSIC yg di adakan di Merlin Tower Johor Bahru. BLACKFIRE' telah di terima sbg wakil dr Perlis.Pertandingan ini turut di sertai oleh band2 Rock/heavy metal srpt D'FEBIAN,BURNMARKS,SYJ,METALLIAN,MAY,METAL CHILD...dan banyak lagi.Di dlm pertandingan ini,semua band2 Rock ini menbawakan lagu2 cover dr band2 rock barat...Namun BLACKFIRE' htelah menbawakan lagu2 ciptaan sendiri sprt Lahir dr api,blackhell & kemenangan dsaat akhir. Biarpon tidak memenangi pertandingan ini..mereka telah terpilih utk ke peringkat akhir yg di adakan di Holywood,Ampang Park k.lumpur.Dlm pertandingan ini BLACKFIRE tidak terpilih krn memainkn lagu2 sendiri yg tidak pernah di dengari oleh pihak juri.Pertandingan ini di menangi oleh kumpulan MAY.

Sebuah lagi pertandingan Musik Rock yg di adakan di Stadium Negara,BLACKFIRE  beraksi bersama sama SCANDAL,BURNMARKS,DFEBIAN,METALLIAN,MAY,SYJ...etc.Pertandingan ini telah menjadi satu sejarah buat semua penonton n para juri yg hadir.BLACKFIRE'  yg menjadi kumpulan pertama menbuat persembahan telah melakukan gimik "meminum darah" sebelum melakukan persembahan! Gimik kedua adalah "Yazid' telah bermain gitar secara menyonsang!Menbawakan lagu " kedatangan 2',Blackhell,kemenangan di saat akhir" & Bahtera merdeka(dedikasi buat T.abd Rahman). BLACKFIRE tampil dgn imej yg cukup berbeza dr band2 Rock iaitu memakai Jaket kulit /rantai menjejaki imej VENOM!!! Satu satunya band yg menyonsang arus dgn musik Black metal!
 Aksi "meminum darah "ini telah menjadi topik hangat di dada2 Akhbar...mencetuskan kontroversi! BLACKFIRE telah di interview oleh banyak wartawan2 akhbar yg menceritakan tentang aksi n musik black metal yg cukup asing waktu itu.BLACKFIRE telah di beri gelaran"Satan Of Stage" krn memainkn musik yg cukup asing.Di waktu ini juga peminat2 musik Rock tidak dpt menerima musik yg di mainkn oleh BLACKFIRE ,.
Biarpun menerima pelbagai kritikan....
BLACKFIRE telah di tawarkan kontrak rakaman album oleh pihak Dewi Suhana/Warnada Music.Orang kuat "Lokman junit" berminat utk menjadi mereka artis rakaman. Namun tawaran ini telah di tolak...krn mereka di wajibkn menbawakan musik Hard rock dgn menyelitkan lagu2 balada.BLACKFIRE tetap setia n berpegang teguh dgn konsep musik Ekstrim metal! Di penghujung'88,..Box Office Prods yg di terajui Ali bakar berhasrat menganjurkan Konsert Thrash metal pertama tanahair. Di peringkat awal konsert ini,nama BLACKFIRE turut tersenarai,namun terjadi sedikit masalah perbincangan yg menbuatkn mereka tidak tersenarai di dlm Konsert bersejarah ini. Selepas berlangsungnya Konsert thrash pertama ini...musik berat mula berkembang ke serata pelusuk tanahair.Lahirnya kelompok2 baru thrash metal sprtNEMESIS,PICAGARI,BACTERIA,H20,RATOR,COLOURFULL BULLET,WAIT DEATH.....etc.Bermulanya era penganjuran Gigs di Ibukota k.lumpur,Club2 yg sebelum ini menbuka ruang buat band2 rock telah menbuka jalan utk band2 thrash.Di waktu ini,BLACKFIRE telah menpuyai satu kelompok penyokong2 mereka sendiri yg menberi sokongan di setiap gig. Di penghujung'88...yazid(gitar) telah mengundurkan diri utk bermain di Club di Penang.Tempat beliau telah di gantikan sementara oleh Razak yg sebelum ini pernah menjadi gitaris sementara sekitar tahun 84-85.Namun selang beberapa bulan....Yazid kembali bersama BLACKFIRE dn mula mengganas di beberapa pentas gigs di ibukota.Beraksi bersama RATOR,NECROFIST & PICAGARI. Sebuah gigs yg menjadi sejarah adalah di Semua House k.lumpur...BLACKFIRE telah di gandingan bersama band RAMPA,band reagge pertama Malaysia,gigs ini telah di hadiri ramai peminat2 musik ekstrim dr serata tanahair. Ia nya juga unik krn mengabungkan dua jenis aliran musik yg sangat berbeza...ekstrim metal n musik reaggae. Gig ini turut di rakamkn dlm pita kaset....BLACKFIRE telah menbawakan 10 buah lagu antaranya Lahir dr api,blackhell,kedatangan 1 & 2,kemenangan saat akhir,spirit,sil khannas,sengketa....namun hanya 3 lagu yg berjaya di rekodkn krn Soundman waktu itu(saudara Bj) telah melakukan sedikit kesilapan yg menyebabkn hanya 3 lagu terakhir berhasil di rakamkn. Line up utk gigs ini Azmi(vocal)Yazid(gitar) subri(bass) & Hadi(drums).Gigs ini turut menyimpan seribu satu cerita buat anggota2 BLACKFIRE. Inilah gigs@show terakhir buat anggota2 asal band ini,di mana selepas gigs ini,Yazid telah mendapat tawaran kerja di Sarawak. Penghujung'89 yazid akhirnya berangkat ke Sarawak...dn tidak lama selepas itu Subri pula berkahwin dan mengambil keputusan mengundurkan diri utk menumpukan perhatian kpd kerjaya. Subri telah menjadi Guru musik di K.lumpur. Dengan pengunduran Yazid & Subri....BlACKFIRE  mula mencari anggota baru utk posisi gitar n bass.Awal tahun 1990,...Demo live rakaman gigs di Semua House'88 telah tersebar di dlm pergerakan Ug scene Asia tenggara melalui jaringan tape trading. Demo live ini asalnya di berikn kpd Joe kidd oleh Azmi hanya utk simpanan peribadi. Joe kid turut menbuat interview bersama Azmi yg di masukkn di dlm Aedes Fanzine vol 3 yg di edarkn pbghujung'89. Era 90an...aktiviti BLACKFIRE agak perlahan krn masalah anggota. Azmi & Hadi telah berusaha mencari pemusik2 baru namun ia nya tidak berhasil. pertengahan 90, barisan line up band ini kembali apabila posisi Gitar di sandang oleh Lin dr NEMESIS dan bass di sandang oleh Din pendita Gila ex Sil khannas". Band ini juga turut menbuat perbincangan utk merakamkan album bersama sebuah label..namun juga tidak berhasil.Line up ini hanya bertahan utk seketika....Din pendita telah berhijrah menjadi kelasi kapal. Hadi(drum) akhirnya...kembali dan menetap di Perlis. Tinggalah Azmi di K.lumpur krn di waktu ini Azmi telah menjadi wartawan di sebuah syarikat penerbitan. Tahun 1991 BLACKFIRE  kembali bermain gigs di kompleks Kotaraya k.lumpur. Gigs ini hanya menampilkan Azmi selaku anggota asal.Di dlm gig ini, Azmi turut di bantu oleh Shidi(Sil khannas)-gitar,che mat(Silent death)-drums & Din pendita-bass. Inilah show terakhir BLACKFIRE di mana selepas gig ini,Azmi telah menbuat keputusan utk merehatkan aktiviti band ini. Azmi sempat menubuhkn sebuah band projek bersama Joe kid dn rakan2 wartawan bernama Million of Mad Muslims" berkonsepkan horror punks, namun band projek ini di tubuhkan hanya dlm tempoh waktu yg singkat shj.... Azmi tidak lagi bermain musik.

Di penghujung tahun 1999, nama BLACKFIRE kembali menjadi sebutan apabila di katakan bakal menbuat kemunculan semula dn merakamkn album......Namun berita ini juga tidak menjadi kenyataan.
Era mellinium.....2002,nama BLACKFIRE menjadi sebutan oleh peminat generasi baru,apabila sebuah band baru dari kedah "SAMARTARY" menberi penghormatan dgn menbawa 2 buah lagu band lagenda ini iaitu Kedatangan 2 & Blackhell",didlm sebuah gigs yg turut di rakamkn.Inilah pertama kali lagu Band lagenda ini di perdengarkan kpd peminat2 ekstrim generasi baru. Tahun 2004, Azmi & Hadi kembali menbawa nama BLaCKFIRE ,mula merekrut anggota baru "Core@shukor"(Gitar) & Rammy (bass).Dua orang pemusik muda yg berasal dr Perlis. Ajin Blackrose seterusnya menbuka ruang buat BLACKFIRE merakamkan Album di bawah label D.I.Y miliknya...Arena Rec.-Black Camber", Azmi & Hadi bersama anggota baru memulakan rakaman di Studio milik Ajin . belum pun proses rakaman di pertengahan selesai, Label milik Ajin mengalami sedikit masalah kewangan...menyebabkan proses terpaksa di tangguhkan.

2005,....Jaie-Nebiula prods akhirnya menyambung kembali projek ini dan akan menbantu meriliskan Album di bawah label miliknya. Atas bantuan Jaie & Jadam.....akhirnya rakaman Album sulung ini berjaya di siapkan. 
6/6/2006 akhirnya setelah begitu lama menanti,lahirlah Album sulung BLACKFIRE di beri judul"Lahir dari Api" yg mengandungi 8 buah karya lama mereka....
1.lahir dari api
2.blackhell
3kedatangan 1
4.kedatangan 2
5.kemenangan di saat akhir
6.sil khannas
7.spirit
8.the sign

Di cetak dlm bentuk cd....mengekalkan stail n sound klasik  Heavy/black metal 80an.Di rakamkan di Nebiula home studio dgn line up Azmi(vox) Rammy(bass) Hadi (drums) & Joe slaughter(gitar utama). jadam turut menjadi seasonist (Gitar). Pada asalnya Azmi n Hadi berhasrat merakamkn sebuah album kompilasi ...namun krn masalah kos hanya 8 lagu shj di rekodkan.Album ini mendapat sambutan hebat dari peminat ekstrim generasi baru....setelah begitu lama sejak tahun 80 an lagi, akhirnya tahun 2006 baru ia nya berjaya di rakam & di keluarkan.
Tahun 2007....Sebuah label dari S'pore Basements Records telah mengeluarkan semula Demo live'88 dgn judul "The Hereafter Live" dlm bentuk Cd.Keluaran semula ini mengekalkan Sound asal dr Demo.3 buah lagu live
1.lahir dari api
2.sengketa
3.blackhell
dan sebuah bonus song
kedatangan 2 yg di rekodkn live di studio di Perlis dgn line up Hadi(vox/drum) Core(gitar) rammy(gitar) & pak keh(bass).Legasi klasikk keluaran semula ini sangat2 di tunggu oleh para collector Ug serata Asia.
Tahun 2010.....menjadi satu lagi sejarah buat kelompok Ug ekstrim metal tanahair.Kemunculan semula Lagenda ini ke pentas gigs,BLACKFIRE muncul di pentas gigs One Cafe k.lumpur anjuran Vokill fest. Beraksi bersama2 Profane Creation,Infernal void,Darknirrajim,. Namun gigs ini hanya menampilkan Azmi selaku anggota asal...di bantu oleh Rammy(gitar) Joe slaughter(gitar utama) Syed Divastator(bass) dan 2 orang anak Azmi ,afiq(gitar) & Alif(drum) Dua org anak Azmi turut menpuyai band bernama Enthusiastic.Di dlm gigs ini,BLACKFIRE telah menpersembahkan 5 buah lagu..Lahir dr api,kedatangan 2,Sil khannas,kemenangan saat akhir & blackhell.Biarpon hanya 5 lagu...impaknya sangat kuat! Kumpulan Cult ini mendapat sokongan hebat dr peminat2 generasi baru...

Sebuah label dr German...berhasrat mengeluarkan split ep BLACKFIRE bersama lagenda black thrash Jepun iaitu SABBAT  ....BLACKFIRE akan menbawakan lagu "blackfire" dr SABBAT dn SABBAT pula akan menbawakan lagu"blackhell". Setelah kedua dua lagenda ini siap menlakukan proses rakaman...projek ini terpaksa di tangguhkan krn beberapa masalah kewangan.
2012.....Album "lahir dari Api" telah di riliskan dlm bentuk Vinyl lp berkembar oleh label dr German Faeudal throne rec.Dgn heavy gatefold cover artwork yg baru n lebih hebat...Ia nya turut di remastering dgn sound yg lebih tight!
1.lahir dr api
2.blackhell
3.kedatangan 1
4.kedatangan 2
5.kemenangan di saat akhir
6.sil khannas
7.spirit
8.the sign
9.blackhell unfinished first version
10.the sign(rehearshal)

Dave pemilik label ini adalah seorang fanatik kpd band Cult ini,.. Setelah di edarkan, terjadi sedikit perbalahan n salah faham di antara pihak Faeudal throne & Nebuila prods berkaitan hak royalti.Namun Lp ini tetap di edarkan...dan ia nya telah Sold out dlm tempoh yg singkat! 

Tahun 2015 setelah senyap dr sebarang cerita, Hadi(drum) kembali aktif dgn musik,mula merekrut anggota baru utk projek baru.Tahun 2018 setelah menolak banyak tawaran gigs,akhir band Cult ini bersetuju menjayakan gigs "MaMat fest 2018" di Kota k.lumpur.Namun projek ini hanya melibatkan Hadi & anggota2 baru krn Azmi(vocal) mengalami masalah kesihatan(serangan stroke)yg menyebabkn beliau tidak dpt turut serta. Hadi berusaha keras mencari anggota2 utk menbantu nya.Formasi pertama adalah Hadi(drum/vox) Core(gitar) Din pendita gila(bass/vox) & Zam samartary(gitar).Namun ia hanya bertahan utk seketika...Zam n Core tidak dpt menberikan komitmen, Hadi pada awalnya berhasrat mengajak anggota2 lama ,namun krn beberapa masalah..ia nya tidak berjaya.Yazid(gitar) pd awalnya berhasrat utk re join gigs ini,namun menhadapi masalah kesihatan... Akhirnya syed ex Metal Kayangan di undang sbg gitar seasonist.Zam ex Storming steel pula di pelawa menjadi vokalis utama dan Subri anggota lama akhirnya kembali menyertai BLACKFIRE utk gig ini namun mengalas posisi gitar. Bulan 8 2018 akhirnya menjadi satu lagi Sejarah dlm arena musik berat tanahair....Kumpulan Cult ini muncul di pentas gigs dgn line up Zam(vox) Din pendita(bass/vox)Syed (gitar) Subri(gitar)& Hadi(drum). Menbawakan lagu2 sprt Lahir dari api,Sil khannas,blackell, the sign,Spirit & kedatangan 2 ! Sesuatu yg tidak di jangka....setelah begitu lama tidak bersama..Hadi & Subri akhirnya kembali bersatu beraksi di pentas.
Gig ini menjadi bualan oleh generasi baru.....Kumpulan cult ini mendapat sanjungan hebat di dlm gigs bersejarah ini.Nebiula prods turut mengeluarkan semula album "lahir dr api"re issue dgn cover yg baru
Album re issue ini telah di edarkan pd hari gigs tersebut... Peminat2 ekstrim generasi baru masih menharapkan kumpulan cult ini merakamkan kembali lagu2 lama yg belum sempat di rakamkn....antaranya Sengketa,Pendita2 gila berbicara,Blackfire,princes of hell, dn banyak lagi yg di katakan hampir 20 buah lagu semua nya sejak dari tahun 1981-1990. 

...........(zam possessed)

Wednesday, 13 June 2018

DREAD(Sgp)-"Awesome terror"(reh demo 1989)

Dread-Gangsters High road Death thrash 80'an! Sebuah kugiran Thrash metal terawal dari Republic S'pore,sebaris 'Stukas,False Mellisa,Vomitor,Crucifuktor,Transgressor...Di tubuhkan sekitar tahun 1986 oleh 4 org pemuda yg menggilai musik thrash death metal dr Barat.

1989"Dread merekodkan sebuah reh demo berjudul-Awesome terror- yg mengandungi 4 tracks.

-torment,scream & death
-dread
-infernal bloodlust
-awesome terror
4 tracks ini menampilkan stail musik death thrash yg di pengaruhi Slayer,kreator,sodom,anthrax..etc.
line up untuk Demo ini

Roslan(vox/gitar)
Sulaiman(gitar)
Zul(bass)
Jumadi(drum)

Namun Sound untuk Demo ini agak kurang memuaskan...ianya agak kabur,namun ia nya tetap di edarkan untuk rakan2 Ug melalui jaringan Tape trade. Selepas demo ini Dread berpecah krn beberapa masalah dalaman.. 

Aku ada simpan demo ini..yg dh di convertkan ke dalam file Mp3, bg menyelamatkan lagu2 kt dlm kaset dubbing yg entah berapa tahun usia nya.Lagipun player tape dh xde nk dengar......
"awesome terrorr"

Slapdeath-Perintis Musik Thrash Metal 80an Malaysia(1986-1991)

Nun jauh di pantai Timur.....lahirnya sekelompok anak muda yg menggilai musik keras dr Barat iaitu thrash metal! Di p'tengahan tahun 80'an...pengaruh musik thrash mula menular di beberapa buah negeri di Malaysia..antaranya Perlis,kedah,terengganu & kelantan.

1986..lahirnya sebuah band bernama "The hardkores" di ibu kota bahru,Kelantan.Di tubuhkan oleh 4 org anak muda yg begitu menggilai musik keras thrash metal! line up awal di barisi oleh Dol(bass) Pidin(vox/gitar) Arif(gitar) & jali(drum).Mereka memulakan aktiviti Jamming di sebuah studio di kota bahru dgn memainkn lagu2 dr band Slayer,Metallica,Anthrax,kreator dn banyak lagi...... Di waktu ini juga tertubuhnya sebuah lagi band thrash bernama "D'zai"...yg juga merupakan kelompok2 rakan the hardkores'. Namun setelah beberapa thn nama 'Dzai..di tukarkan kpd Desire' dn beralih arah kpd musik rock/heavy metal.The hardkores & D'zai adalah kelompok pertama n terawal di Kota bahru bermain musik thrash! Kelompok2 ini mendapat pengaruh musik dr sebuah kedai kaset bernama "Metal Merchant" di kota bahru.(Naim Inz merchandise) adalah antara individu terawal yg memulakan gerakan di kelantan.

Tahun 1987, mereka berhasrat berhijrah ke k.lumpur bg mencapai cita2 bermain musik.... Di k.lumpur,mereka mendapat pertolongan Naim Inz n kembali menbentuk band dgn nama baru "Slapdash"...namun ia nya hanya utk sementara sebelum di tukarkan kpd "Slapdeath" secara rasmi pd penghujung tahun'87. Memasuki tahun 1988,..Slapdeath memulakan aktiviti Jamm mereka,namun Jali(drum) telah menarik diri atas alasan peribadi lantas rakan baik mereka Jeman mengisi posisi drum.Persembahan pertama Slapdeath di k.lumpur adalah di dlm 'Konsert thrash' pertama Tanahair anjuran Box office productions yg berlangsung di Stadium Negara pd penghujung'88. Konsert bersejarah ini menbariskan "Slapdeath / Nemesis / Saxo / Punisher".

Slapdeath berjaya menyertai konsert bersejarah ini dgn bantuan Rashdan Punisher' yg menperkenalkan band mereka kpd promoter Ali bakar yg waktu itu sedang mencari band2 thrash utk konsert ini..Slapdeath juga mendapat pertolongan dari Rahim maarof(abg kpd Dol) yg menbantu mengetengahkan nama band ini.
Konsert thrash pertama tanahair yg berlangsung di Stadium Negara pd 28hb Disember 1988 telah mendapat liputan meluas di Media2/akhbar. Konsert anjuran Box office ini mendapat sambutan hebat dgn kehadiran 3000 peminat2 thrash serata Malaysia.

Di dlm Konsert ini,Slapdeath telah menbawakan lagu thrash sprt Crionic(slayer) metal command(piranha/exodus) cry war(kreator) & the call of ktulu(metallica) dgn line up Arif(gitar)pidin(vox/gitar) dol(bass) & jeman(drum).
Melalui Konsert ini,nama Slapdeath mula menjadi sebutan..Dan bermulanya era musik thrash metal di Malaysia.Lahirnya kelompok2 komuniti Ug.... Semakin bnyak band thrash/death metal muncul sprt Bacteria,picagari,W12,H20,Blacksull...dn banyak lagi.Club2 di ibu kota k.lumpur mula menjadi tempat menganjurkan gigs2 Ug. Persembahan ke 2 'Slapdeath adalah di dlm gig Roof Top,kompleks kota raya k.l...beraksi bersama Rator,Bacteria(Silent death) & Brain dead... Awal 1989,'jali(drum) masuk semula ke dlm Slapdeath dn rombakan posisi bertukar Pidin(vokal)Ariff(gitar)Jali(gitar)Dol(bass) & jeman(drum) dn Slapdeath bermain bersama punisher,picagari di dlm gig di Galactica Roller k.l. Namun Selepas gig ini,Pidin(vox/gitar) pula mengundurkan diri dn...Ariff terpaksa menggalas tugas vox/gitar.

Di waktu ini juga..Slapdeath mula cuba mengarang lagu2 sendiri.Dlm bln Jun Slapdeath telah pulang ke kampung halaman di Kelantan utk menjayakan sebuah gig Ekspo pentas perdana di kota bahru. Beraksi dgn menbawakan lagu2 dr possessed,Death,Sepultura & 2 buah lagu ciptaan sendiri. Persembahan Slapdeath dlm ekspo ini adalah secara solo...ia nya telah di hadiri oleh rakan2 metal Ug di kota bahru.
Selepas gigs ini,Slapdeath kembali semula ke k.lumpur...dn merekodkn sebuah demo tape yg mengandungi 2 buah lagu "Death by Stereo" & "The slap of Death" yg berpaksikan stail Death/thrash metal.Demo ini di rakamkn hanya utk rujukan mereka sahaja..dan ia nya tidak di edarkan. Selepas merekodkn demo ini Jali(gitar) menbuat keputusan mengundurkan diri buat kali ke 2.. Di waktu pengunduran Jali, beberapa buah lagu lagi sempat di karang sprt" antichrist warfare",devil fear", & "endless hellish disaster(instrumental).Pengunduran jali menbuatkan Slapdeath sedikit kecewa,namun Dol bertekad menperjuangkan band ini dgn mencari anggota baru. Dgn 3 anggota..Slapdeath terus mengarang beberapa buah lagu lagi sbg rujukan. Di penghujung'89
Lantas Ogy(bekas vox/bass band Voices) masuk mengalas tugas Gitar. Ogy asalnya adalah bekas bassist band Rator(1988) dn menubuhkan Voices dlm tahun 1989.

Era 1990, Slapdeath beraksi di Ekspo Jln pekeliling,k.lumpur bersama Silent death. Selepas gig ini...Ogy menarik diri dn menubuhkan band grind/death pertama tanahair bernama Mutilation!
Tidak lama selepas itu Ariff pula mengambil keputusan utk berundur atas alasan kerjaya.Dol & Man terus tekad utk menpertahankn Slapdeath lantas 2 anggota baru di rekrut iaitu Izani@Araya dr Picagari sbg vox/gitar dn Perkasa@izzat dr Punisher sbg Gitar.Namun formasi line up ini tidak bertahan lama..... Dol tekad kembali ke Kota bahru utk menbina semula nama Slapdeath dgn mencari anggota2 baru,namun tidak berhasil..Dan akhirnya Slapdeath terpaksa di rehatkan.

Dol kembali semula ke k.lumpur....dlm thn yg sama'90,...dan menanggotai band Silent death di posisi bass.Silent death seterusnya merekodkan demo sulung"Eternal damnation" (1990).Selepas Demo ini, Dol mengundur diri dn di undang bermain bersama Sil khannaz utk beberapa siri gig.

Manakala dlm tahun 1991,Jeman menghidupkan kembali Slapdeath dgn barisan anggota baru Mat venom(vox/bass) eye(gitar) wan(gitar) & jeman(drum) Slapdeath"91 ini hanya bertahan utk seketika shj sebelum berkubur utk selamanya.
Dlm tahun 1992...Dol bermain pula utk band Tormentor sbg bass sebelum mengambil keputusan utk menumpukan perhatian kpd kerjaya peribadi. Pembubaran Slapdeath tanpa meninggalkn sebarang legasi utk di kenang....namun cerita n nama mereka telah tercatit di dlm lipatan sejarah musik berat Tanahair sbg perintis musik keras terawal di Malaysia.Slapdeath juga antara band terawal mengarang n merekodkan lagu2 ciptaan sendiri selain Blackfire......
Antara lagu2 yg telah di rakamkn di dlm demo namun tidak di edarkan
-Death by stereo
-the slap of death
-N.T.F
-exposition rock of ages
-easy living
-the legend
-disappearing lost distant

Manakala lagu terawal yg di cipta namun tidak di rakamkn adalah
-Anrtichrist warfare
-Devil fear
-endless hellish disaster(instrumental)

Line up Slapdeath :
(1987) Dol(bass) Ariff(gitar) Pidin(vox)Naim inz(vox) & jali(drum)

(1988)Dol(bass)pidin(vox)jali(gitar)ariff(gitar) &Man(drum)

(1989)Dol(bass)jali(gitar)Ariff(vox/gitar) & Man(drum)

(1990)Dol(bass)&Man(drum) Ogy ex
(vox/gitar) Perkasa ex(gitar) izani ex(vox/gitar)

(1991)Man(drum)Mat venom(vox/bass)Eye(gitar) & wan(gitar)

"The Slap.....Of Death"(1987-1991)

Tuesday, 12 June 2018

"Legasi Silent Death"(1987-2012)





Silent Death...band Death metal legenda di bumi melayu.Bermula sekitar tahun 1987 di Bandar tun abd Razak,k.lumpur.Di tubuhkan oleh 2 orang anak muda yg waktu itu mengilai muzik Metal berat dari Barat. Stone & pink adalah individu yg menubuhkan Silent Death.Bermula dgn nama 'Bacteria' 87..anak2 muda ini bermain di studio jamm dgn memainkn lagu2 cover dari Slayer,sepultura,Death,Anthrax,Metallica...etc. 'Bacteria' di anggotai oleh Stone(gitar)pink(gitar)Asmawari(vox)Man 16(bass) & ulong(drum) yg mana mereka semua adalah rakan2 sekolah. Di waktu ini juga (1987) scene musik Ug ekstrim metal baru sahaja bermula....Penganjuran konsert thrash pertama tanahair di penghujung'88 oleh Box office telah melahirkan ramai peminat2 Ug di serata tanahair. 

Tahun 1989...nama Bacteria telah di tukarkan kpd 'Silent Death' dgn formasi line up Stone(vox/gitar) Pink (gitar) Man 16(bass) & lee space(drum) Ulong mengundurkan diri dn tidak terlibat dgn musik lg, Asmawari pula menanggotai band thrash Assault ...  Awal 1990 bermula nya era demo di Malaysia,apabila Rator mengemparkan scene Ug musik berat tanahair dgn kelahiran demo'Evil symphony'89/90.  era 90an menyaksikan band2 sprt Brain dead,Senseless,sil khannas.....merekodkn demo! Silent Death lantas merekodkan demo sulung dlm tahun'90 berjudul"Eternal Damnation" mengandungi 4 track. Demo ini di rakamkn dgn line up Stone(voc/gitar)Pink(gitar)Dol (bass) & che mat(drum) di Studio Amerah milik Mon(gitaris F.R.U) k.lumpur.
Dol merupakan bekas bass untuk band Slapdeath(r.i.p-1989)Band thrash terawal dari kelantan, mengantikan Man 16 manakala Che mat pula bekas drummer Sil khannaz mengantikan Lee space.

Demo ini mendapat sanjungan tinggi di persada musik berat tanahair...Namun tidak lama selepas itu,Dol & che Mat telah mengundurkan diri dr Band ini.Dol kmudianye m'anggotai Tormentor dn Che mat bermain utk band indie Deflowered.Posisi bass kmudiannya di isi oleh Ass yg waktu itu bermain bersama Infectious Maggots'Ass seterusnya m'gundurkn diri dr Maggots,manakala posisi drum di tunjangi oleh Ollie dr band thrash Zaf'.Melalui kehebatan Demo ini,ia nya telah menbuka jalan buat band ini mengikat kontrak bersama label Dark Journey Records yg waktu itu baru shj di tubuhkan. Silent Death merupakan artis pertama label ini...lantas dlm tahun 1991,Silent Death memulakan sessi rakaman di Digitron studio dgn selian Bullet(drummer)Nemesis selaku jurutera.


Tahun'92 Dark Journey rec...meriliskan Album sulung Silent Death "before the sunrise" dlm format kaset...Mengandungi 8 buah karya old school Death metal yg berat n unik. 2 buah lagu lama dr demo'90 turut di rekodkn kembali dgn nafas baru n tajuknya turut di tukar. Impak album ini ckup hebat...mendapat sanjungan tinggi di persada musik berat tanahair n Antarabangsa melalui ulasan2 di dlm fanzine/megazine.Line up utk Album ini adalah Stone(vox/gitar) Pink(gitar) Ass(bass/vox) & Ollie(drum) Lagu2 berhantu di dlm album...ini Dying moment,voice of misery,unharmony unity,preacher of the dark......

Melalui kejayaan Album ini,Dark Journey turut menganjurkan road tour Gigs di beberapa buah negeri sprt k.l,n.9 n perak. tour gigs ini turut di sertai oleh band Brain dead yg waktu ini baru shj menjadi artis Dark Journey... Gig ini turut menjadi sejarah apabila Dark Journey telah merekodkan di dlm pita video(VHS) dn di edarkan di bwh label ini dlm thn 1993.Vhs ini kini menjadi buruan para collector...

P'hujung'93..Silent Death telah terlibat dgn Split kompilasi "Dark Live Collection" yg turut di barisi oleh band2 ekstrim tnhair sprt Brain Dead,Tormentor,Cattarh,Nebiras,& Nemesis. Menyumbangkan 2 buah lagu baru'Deavouring judas' & 'spellbound'....Struktur lagu baru ini menyaksikan Silent Death tampil dgn konsep Occult Dark/black metal melalui lagu'deavouring judas'. Lagu ini menampilkn gandingan vocal Pink & Stone...dn turut m'nampikn sentuhan gitar akuastik,manakala 'spellbound' pula berkonsepkn riff death metal.Asal nya Riff lagu ini di ambil dr lagu demo mereka(1990) 'evil bastard'namun di beri sentuhan baru.Kompilasi edaran Dark Journey ini turut menjadi fenomena......

Memasuki thn'94 Silent Death mula merancang untuk merakamkan album ke 2...Namun 'Pink' terpaksa m'gundurkan diri dr band di atas alasan masalah peribadi, dn posisi lead gitar utk persembahan live di bantu oleh gitaris Sil khannaz-joe slaughter. Setelah beberapa perancangan utk aktiviti band ini..tiba2 Silent Death menghilang.Aktiviti band ini terpaksa di rehatkn krn Stone terlibat dgn masalah peribadi...perancangan utk album ke 2 juga tidak berjaya di laksanakan.


 Setelah hampir 3 tahun menyepi dr scene Metal Malaysia..tahun 1997,Silent Death muncul kembali dgn Ep'break the silence' di bwh label PSE. Mengandungi 5 tracks, 3 buah lagu baru Armageddon,morbid massacre & Die from agony..manakala 2 buah lagu lama dr album pertama(1992) dying moment & preacher of the dark turut di rakamkn semula dgn struktur yg lebih laju. 3 buah lagu baru ini menyaksikan Silent Death kembali dgn stail Old Death/thrash metal bermelodi. Di rakamkn di tri castle studio k.l dgn selian ozz yusuf selaku jurutera musik. Kemunculan semula Silent Death cukup mengejutkn peminat2 Ug tnhair...tampil dgn Stone(vox/gitar) Ass(bass/vox) Wan(gitar) & ollie(drum). wan merupakan anggota baru Silent Death. Melalui Ep ini,nama Silent Death kembali menjadi sebutan... Band lagenda ini kembali memanaskan pentas2 gig seluruh Malaysia..





Tahun'98 Silent Death tersenarai di dlm Split Kompilasi terbitan Nebiula Prods.."Storm Of Nebiula 2 " yg turut m'bariskan nama2 hebat sprt Mistik,Mesmerized,Hail(sgp)...


2 buah lagu baru khas utk kompilasi ini 'inner power' & Shermforash' dgn stail yg sedikit berbeza dgn lagu2 Silent Death sbelum ini, namun masih di landasan Death metal.


Tahun'99 label PSE telah mengeluarkan Album kompilasi berjudul "Harbinger of Devastation" yg mengandungi lagu dari demo(1990) full length (1992) Ep(1997) & Ep live'97.

Tahun 2000, Silent Death merancang utk merekodkn sebuah album tribute khas utk band2 yg selama ini menjadi idola & pengaruh musik mereka...
Namun Stone orang kuat band ini sekali lg m'hilangkn diri dr scene musik krn masalah'dadah'.. Ass turut m'gundurkan diri.Oleh krn projek ini telah di persetujui..serpihan anggota band ini telah meneruskan projek album tribute ini dgn bantuan beberapa rakan Ug sprt Aru(koffin kanser) vokal/gitar,Dol maarof(bassist era 1990) bass,Sham fiduz-vokal/drum. wan-gitar & Ollie turut memainkn beberapa track drum.Album berjudul " tribute to Old school Metal" telah di pasarkn oleh label D.i.y Immortal records dlm thn 2000 tanpa Stone. Mengandungi 10 tracks lagu tribute utk band Death,B.sabbath,Sodom,Kreator,sepultura,Celtic frost,slayer,M.angel & venom. 
Namun album tribute ini menerima pelbagai reaksi dr peminat2 mereka krn di katakn cukup berbeza dgn stail musik Silent Death. Tanpa stone musik band ini berubah 90%..sound utk album ini juga agak kurang berat.Selepas m'geluarkan projek tribute ini..Dol maarof  mengambil keputusan menutup perjalanan band Silent Death ini krn tanpa Stone ia nya tidak lagi relevan.
Dol kemudianya menubuhkan sebuah band baru dgn nama 'Break The Silence'..
Dlm thn 2003..Ultra Hingax(ajak) telah menganjurkan gig reunion"Thrash Therefore I Am" yg menbariskn Nemesis,I.maggots,Pilgrims,Punisher,Naked butterfly & Silent Death. Line up reunion ini menbariskan Ass(voc/gitar) Dol(bass) Wan (gitar) & Sham fiduz(drum).Namun selepas gigs ini Silent Death terus berkubur.

Tahun 2010
Setelah hampir 10 tahun menhilangkn diri dr scene musik berat tanahair...tahun 2010 Silent Death kembali ke persada musik berat Malaysia. Kemunculan Silent Death ' di pentas gigs "Rator live possessed 2010" m'gejutkan peminat2 musik berat. Stone kembali mengemudi Silent Death bersama rakan2 baru.. SD'2010 menbariskan Stone(vox/bass) joe slaughter-ex sil khannaz/blackfire(gitar lead) Matt tossey-Disaster funhouse(gitar) & eddie(drum).Comeback ini turut di bantu oleh Zizie Hashim yg di lantik menjadi pengurus band. Selepas gigs di One cafe..Silent Death terus rancak bermain gig di serata tanahair termasuk sabah/sarawak. Segala aktiviti di atur oleh Zizie bg memudahkn perjalanan band ini.
Album klasik"Before the sunrise"92 turut di riliskn semula oleh label Thrashingfist..dgn lagu bonus demo'90 & Ep'97 dlm bentuk Cd dgn cover asal.

Hasrat awal Stone pd awalnye utk kembali mengajak anggota lama Ass,wan & Ollie tidak kesampaian krn kesemua mereka tidak dpt menberikn komitmen. Dgn gandingan anggota baru Silent Death kembali menbina empayar mereka semula. Stone turut merancang merakamkn Album ke 2. Di bawah label distro sendiri..Silent Death mengeluarkan stuff2 mereka termasuk Dvd live siri2 gig di serata tnhair.Dlm waktu yg sama juga..band ini mula mengarang lagu2 baru di studio utk sessi rakaman.Bernaung di bwh label Edrie hashim Neomagik records utk album ini.
P'hujung 2010..scene musik berat di kejutkn dgn berita kematian Pink' yg menhidap penyakit tibi sejak sekian lama. 
2011 proses rakaman album ke 2 di teruskn ..namun Matt tosey & Eddie telah m'gundurkan diri atas alasan peribadi. posisi gitar telah di ganti oleh Ejal hashim adik kpd zizie dn Drum di isi oleh Ian Han yg pernah bermain utk I.maggots.Ketika dlm proses akhir....scene sekali lagi di kejutkan dgn berita 'Stone yg terkena stroke lumpuh sebelah anggota badan' dn terlantar di hospital. Aktiviti live terpaksa di hentikan...dn hasrat mengeluarkan Album ke 2 dlm tahun 2011 terpaksa di tunda.

2012.....Akhirnya Album ke 2 inI di pasarkan oleh NeoMagik. Di beri judul "Silent kiss of Death"  dgn 9 tracks lagu baru.4 buah lagu bahasa melayu & 4 buah lagu berbahasa inggeris. Buat pertama kali nya Silent Death tampil dgn lagu berbahasa Melayu karangan Zizie hashim/Stone.2 buah lagu inggeris pula ciptaan joe slaughter. 2 buah lagu Melayu 'mati senyap' & 'Diam mati' pula adalah lagu lama "spellbound' & deavouring judas' yg di rakamkn semula dgn sentuhan baru. Album ke 2 ini menyaksikan muzikal Silent Death cukup berbeza, gabungan Thrash/melodic/progresif death metal moden. Sound utk Album ini agak baik n memuaskan hasil selian Edrie hashim selaku penerbit.
Di waktu album inI di pasarkan..Stone masih terlantar di hospital.Segala pengurusan di kendali kn oleh zizie. Album ini turut tercalon di Anugerah AIM  kategori album metal.Biarpun tidak memenangi anugerah ini....ia nya telah mengangkat nama Silent Death.
Di waktu promosi Album inI di jlnkn...seluruh peminat musik berat tanahair dn rakan2 Ug di kejutkan dgn berita pemergian Stone ke rahmatullah.Stone telah menghembuskan nafas terakhir di hospital k.lumpur akibat jangkitan kuman dlm paru2.
Segala perancangan aktiviti utk band terpaksa di hentikan.....Namun zizie tetap berusaha m'promosikan jualan Album ke 2 ini.

Selepas Stone' Wan cempedak yg terlantar sakit turut meninggal dunia... Setelah ketiadaan Stone 'zizie berhasrat mengajak bekas anggota band ini sprt Ass,Dol & ollie meneruskn semula band ini namun ia nya tidak terlaksana. tahun 2014 sekali lagi scene musik Ug di kejutkn dgn berita pergi nya Ass(vox/bass) ke rahmatullah krn masalah jantung.... 

Tahun 2016
satu penghormatan buat Silent Death apabila Album sulung"before the sunrise' kembali di keluarkn dlm format piring hitam oleh label MaMat records. Di lesenkn oleh Dark Journey. Mengekalkn cover Asal tanpa penambahan lagu bonus. Vinyl lp ini di keluarkan dlm kuantiti terhad. Namun terjadi sedikit perbalahan di antara pihak label Mamat rec dan Zizie hashim. Isu kebenaran mengeluarkn album klasik ini di pertikaikn oleh Zizie... 
biarpon pn begitu lp ini mendapat sambutan hebat dr collector.


Kini nama Silent Death telah menjadi sejarah di dlm scene musik berat Malaysia. legasi yg di tinggalkn cukup meninggalkn kesan...dan menjadi buruan para collector bkn shj dlm malaysia bahkn termasuk Asia tenggara.
(Silent Death dlm memori 1987-2012)

Friday, 8 June 2018

Martyrize(japan Old School Death/thrash)1988

Martyrize band ekstrim dari Osaka,japan..di tubuhkan dlm tahun 1988 oleh
yoshio-bass
horoki-vox
masayuki-drum
hisashi-gitar
memainkan stail old school death/grind metal. tahun 1989 Martyrize merekodkan demo sulung"Apocalyptic Doom" mengandungi 2 tracks
1.apocalyptic doom
2.morbid sensualist
dengan sound yg agak baik n mantap bagi sebuah demo. grind/death metal yg unik n menangkap! demo ni tidak di riliskn secara rasmi...hanya di edarkan melalui jaringan tape trade. Syg selepas merekodkan demo ni Martyrize terus berkubur..... Reh demo ni kini menjadi bahan Ug cult n rare. Video kt atas ni aku upload 1 lagu utk bg pendengar ekstrim generasi baru n lama yg belum pernah dengar karya2 dari ekstrim Asia .

Singapore in the 90s Underground Music

M.I.S COMPILATION M.I.S@ Made In Singapore Compilation vol 1 1992 (Mouse record) 1. Eza - Wild Man's Jam  2. Global Chaos - piece of A p...